Tuesday, June 26, 2012

Engkaulah Yang Satu



Hanya Kepada Mu Ya Allah...aku memohon pertolongan

Hanya Kepada Mu Ya Allah...aku bersujud

Hanya Kepada Mu Ya Allah...aku berlindung

Hanya Kepada Mu Ya Allah...aku meluahkan segalanya

Hanya Kepada Mu Ya Allah...ku serahkan jiwa dan raga

Hanya Kepada Mu Ya Allah...ku serahkan segala urusanku

Hanya Kepada Mu Ya Allah...aku bertaubat

Hanya Kepada Mu Ya Allah...aku berzikir

Hanya Kepada Mu Ya Allah...aku menangis

Hanya Kepada Mu Ya Allah...aku merindui

Hanya Kepada Mu Ya Allah...aku mencintai

Hanya Kepada Mu Ya Allah...aku memohon petunjuk

"Ya Allah, tetapkanlah hati hamba mu ini, mantapkanlah hati hamba mu ini di atas agama Mu Ya Allah."

"Tiada yang lain selain Mu Ya Allah. Sesungguhnya kami amat merinduimu Ya Allah dan jugak merindui kekasih mu Muhammad S.A.W"


Engkaulah Yang Satu | iluvislam.com discover the beauty of islam

Paradigma Perjalanan Hidup Yang Singkat - Positif kah aku?

Syukur kehadrat Ilahi masih diberi kesempatan untuk aku meneruskan tinta maya ini.

Kita adalah hamba ciptaan Allah SWT yang amat istimewa yang pasti mempunya pelbagai keistimewaan dan kelemahan diri yang tersendiri. Bersyukurlah dengan apa yang kita ada dan segala limpah nikmat Allah SWT yang tak terhingga.


Positif - ramai antara kita mempunyai sikap ini...insyallah termasuk aku..Alhamdulillah. Akan tetapi kurang dari kita yang akan bertindak dengan positif (senang cerita bertindak melulu je lah tu namanya).

Cuba kita fikir sejenak, orang yang lebih kepada tindakan positif mempunyai sikap yang lebih optimis; yakin pada kebolehan diri sendiri dan impaknya adalah amat memberi kesan sedikit demi sedikit kepada seseorang.

Susahkah untuk berfikiran positif???
(mmmm, jawapan ku.......biarlah aku saja yang tau *^__^)

Setiap yang senang akan menjadi lebih senang sekiranya kita tahu caranya. Jadi, samalah dengan sikap berfikiran positif.

Paling utama adalah nawaitu - niatkan dalam hati dengan memilih untuk menjadi orang yang berfikiran positif. ubah mindset yang akan jadi batu penghalang.

Selepas itu, insyallah akan terbuka jalan dengan izin Allah SWT untuk mempelajari cara untuk berfikiran positif.

Allah telah memberikan kita sekeping hati untuk kita melafazkan niat kita tadi. Justeru itu, apa yang ada di hati, itulah juga yang akan di upload kan ke minda kita..

Seterusnya, berusahalah membina sikap positif diri hasil dari paradigma dan niat tadi. Dalam perjalanan yang singkat ini, insyallah kita akan jumpa dan terjumpa apa yang kita cari. Tak kiralah dengan laluan yang mudah mahupun laluan yang sukar. Impak niat yang betul itu tadi, apa saja tips yang kita cari akan kita temui. Insyallah ini adalah langkah permulaan untuk mengatasi situasi kesusahan membentuk diri kita menjadi insan yang berfikiran positif.

Motivasi dan dorongan untuk kita berubah terbentuk apabila kita dapat kaji sebab kenapa kita perlu berfikiran positif.

Fikir apa yang mendorong kita untuk jadi orang berfikiran positif.

Setiap orang ada sebab tersendiri kenapa mahu manjadi orang yang berfikiran positif (termasuk aku) yang akhirnya memperoleh kajayaan. Lalu, kita perlu pasang niat mahu jadi orang yang berfikiran positif.

Cuba kita lihat orang-orang yang telah berjaya sekarang. Dulu mereka pun susah juga. Tapi, mereka berjaya mengubah hidup dengan mudah sebab mereka berniat dalam hati mahu ubah hidup mereka menjadi orang yang lebih positif.

Jadi, jika kita mahu merubah hidup menjadi semakin baik, mahu merubah sikap menjadi lebih baik, mahi merubah pencapaian jadi bertambah baik.......... ubah diri dulu!!!!!!


Jadi orang yang lebih positif!!!!!

~~~ peringatan buat diri di perjalanan yang singkat~~~
~~~ terima kasih kepada imotivasi keada ada sesuatu yang baik boleh dikongsi bersama~~

Monday, June 25, 2012

Pagi ini aku jalankan rutin harian aku seperti biasa.
Alhamdulillah kupanjatkan syukur kapada ALLAH SWT kerana memberikan kau nafas untuk aku menerusakan perjalanan hidup ku.

Sungguh sayu hati ini bila aku rasakan aku adalah terlalu jauh denganMU Ya Allah..
Aku amat memerlukan MU Ya Rabb..
Maha SuciMU Ya Allah..
Aku memohon kepadaMU Ya Allah, Kau jauhkan aku dari sikap yang bongkak terhadapMU Ya Rabb.
Aku amat kerdil dan terlalu hina Ya Rabb.
Layakkah aku untuk berda di syurgaMU Ya Allah...
Assalamualaikum.
Alhamdulillah...sedang belajar untuk buat blog sendiri. semoga perjalanan hidup akan lebih bermakna lagi. Insyallah.