Assalamualaikum dan selamat hari Jumaat semua.
Sahabat
ketika gembira dan ketawa memang senang ditemui tapi berapa ramai dari
kalangan sahabat kita yang sanggup menemani kita terutamanya apabila
kita menghadapi kesusahan, mempunyai masalah, sanggup meluangkan masa
dan tenaga demi membantu kita.Pasti tak ramai bukan.Sejujurnya bukan
senang nak jadi sahabat sejati yang baik lebih-lebih lagi kita mempunyai
pelbagai komitmen lain.Tapi, walau apa-apapun, kita mesti cuba untuk
menjadi sahabat yang baik.
1.Memberitahu temannya bahawa dia kasih dan suka kepadanya
Nabi Muhammad S.A.W bersabda
'Jika seseorang kasih kepada seseorang makan hendaklah dia memberitahu temannya'
(HR Abu Daud)
2.Apabila berpisah dengan seseorang maka hendaklah dia mendoakan sahabatnya tanpa pengetahuannya
Nabi Muhammad S.A.W bersabda
'Setiap
hamba muslim yang mendoakan saudaranya tanpa pengetahuannya pasti akan
didoakan malaikat dengan berkata engkau juga akan mendapat seumpamanya'
3.Sentiasa bermanis muka ketika berjumpa sahabatnya
Nabi Muhammad S.A.W bersabda
'Janganlah kamu meremehkan kebajikan sedikit pun , sekalipun dengan berjumpa temanmu dalam keadaan wajah yang ceria'
(HR Muslim)
4.Segera bersalaman ketika bertemu dengan temannya
Nabi Muhammad S.A.W bersabda
'Setiap dua orang Islam yang berjumpa dan bersalaman pasti akan diampunkan dosa keduanya sebelum mereka berpisah'
(HR Abu Daud)
5.Amalan ziarah-menziarahi
Nabi Muhammad S.A.W bersabda
'Hendaklah kamu menziarahi sesekali nescaya akan menambas kasih sayang antara kamu'
6.Memberi Hadiah
Nabi Muhammad S.A.W bersabda
'Hendaklah kamu saling memberi hadiah nescaya kamu akan berkasih sayang'
(HR Thabrani)
7.Membantu sahabat-sahabatnya dalam kesusahan
Nabi Muhammad S.A.W bersabda
'Orang yang berjalan untuk menunaikan hajat sahabatnya lebih baik daripada orang yang beriktikaf selama 2 bulan'
(HR Hakim)
Sumber:Ukhuwah Islamiah (Dr Abdullah Nasir Ulwan)
Sumber: http://www.hazwan.com/2011/01/tazkirah-jumaat-7-cara-bersahabat.html
No comments:
Post a Comment