by Islam Itu Agamaku
بِسْــــــــــــــــــــــمِ اﷲِارَّحْمَنِ ارَّحِيم
Allah Swt mengutus 124 ribu Nabi dan Rasul tak ada satu orang
pun dari kalangan wanita, tapi tak ada seorang nabi pun terkecuali Adam
a.s yang lahir MELAINKAN dari rahim wanita, begitu mulianya seorang
wanita sehingga dari rahimnya Allah swt hadirkan kekasih-kekasih Allah
Swt yang membawa risalah demi mencapai kehidupan yang harmoni didunia
dan akhirat.
Nabi saw bersabda : “ Wahai sekalian wanita,
sesungguhnya yang paling baik diantara kalian akan memasuki surga
sebelum orang yang paling baik di antara lelaki. Mereka akan mandi, dan
memakai minyak wangi dan menyambut suami-suami diatas keledai-keledai
merah dan kuning. Bersama mereka anak-anak kecil, mereka seperti batu
permata yang berkilau”
Bahkan Rasulullah bersabda : “ Sampaikanlah kepada seluruh
wanita yang kamu jumpai, bahwasanya : “Taat kepada suami dengan penuh
kesadaran, maka pahalanya seimbang dengan pahala perang membela agama
Allah Swt, tetapi sedikit sekali dari kamu sekalian yang mau
menjalankannya”
* Seoarang wanita solehah adalah lebih baik dari pada 70
orang wali, seoarang wanita yang jahat lebih buruk dari pada 1.000 orang
lelaki yang jahat.
* Isteri yang melihat suaminya dengan kasih sayang dan suami
yang melihat isterinya dengan kasih sayang maka Allah akan memandangnya
dengan pandangan rahmat.
* Seorang wanita yang menyusui anaknya hingga cukup tempoh
iaitu 2 ½ tahun, maka malaikat-
malaikat di langit akan mengkhabarkan
berita bahawa syurga wajib baginya.
* Sungguh burung-burung diudara , ikan-ikan dan malaikat
dilangit meminta keampunan untuk seorang isteri yang berbakti kepada
suaminya selama ia sentiasa dalam kerelaan suaminya.
* Siapa saja isteri yang meninggal dunia, sedang suaminya ridha terhadap pemerergiannya, maka ia akan masuk syurga.
* Bila seorang suami pulang kerumah dengan perasaan gelisah,
dan isterinya menghiburnya maka isterinya akan mendapatkan pahala jihad.
* Bila seorang wanita, mengerjakan dan menjaga solatnya,
berpuasa pada bulan ramadhan, menjaga amanah suaminya dan mentaati
suaminya, Allah Swt akan memberikan izin padanya untuk memasuki syurga
melalui pintu mana saja yang disukainya.
* Bila seorang wanita hamil solat 2 rakaat adalah lebih baik dari pada 80 rakaat wanita yang tidak hamil.
* Bila seorang wanita tidak dapat tidur kerana sakit dan
menyusukan anaknya, Allah Swt akan mengampuni seluruh dosa-dosanya dan
mendapatkan pahala 12 tahun ibadah.
* Bila seorang wanita menyapu rumahnya dengan berzikir maka Allah Swt akan memberikan pahala meyapu Ka’bah.
* Bila seorang wanita hamil , sehingga dia melahirkan
anaknya, Allah Swt akan memberikan pahala sebagaimana ia berpuasa pada
siang hari dan solat sepanjang malam.
* Bila seorang wanita meninggal diantara 40 hari setelah melahirkan anaknya, ia mendapatkan pahala syahid.
* Bila seorang wanita mendorong suaminya keluar dijalan Allah
swt, dan dia dapat menerima dengan ikhlas segala kesulitan yang
disebabkan ketidaan suaminya, maka ia akan memasuki syurga 500 tahun
lebih dulu dari suaminya. Dan 70.000 malaikat akan menyambutnya , dan ia
akan menantikan suaminya di syurga.
* Bila seorang anak menangis di malam hari, dan ibunya tidak
marah tetapi memmujuknya, ia akan mendapatkan pahala satu tahun Ibadah.
* Semua orang akan dipanggil untuk melihat wajah Allah Swt di
akhirat tetapi Allah Swt datang sendiri kepada wanita yang menjaga
auratnya, iaitu memakai purdah didunia secara istiqomah. Begitu mudahnya
seorang wanita mendapatkan keredhaan Allah Swt mana kala dia taat
kepada suaminya , tentunya ketaatan disini dalam batasan-batasan Agama ,
kerana mana kala seorang suami sudah melanggari apa yang digariskan
agama maka tidak ada lagi ketaatan bagi seorang wanita. Kerana “Tidak ada ketaatan kepada mahluk dalam menderhakai AL-Khalik”
Sebagaimana kisah Asiah isteri Fir’aun. Di tengah-tengah kaum
yang memusuhi Allah dan Rasul-Nya, ia tetap berpegang teguh kepada
Allah Swt, walaupun untuk menjaga keimanan tersebut , ia harus menerima
kematian ditangan suaminya sendiri, iaitu Fir’aun la’natullahu ‘alaihi.
Rasulullah saw bersabda bahawa wanita yang terbaik dan paling sempurna
adalah Asiah isteri Fir’aun dan Maryam.
Syekh Ibarahim Ali mengatakan seorang wanita jika sudah
dominan dalam kehidupan lelaki, maka ia akan menjadi buah hati dan
ruhnya. Bahkan akan menjadi segenap badan dan perasaan lelaki. Semua
tindakan kebaikan atau kejahatan yang dilakukan oleh seorang laki,
kerana dorongan wanita. Fikiran dan amal para wanita muslimah akan ikut
serta berhembus dengan angin, mengalir dengan air, menyatu dengan tanah,
tanpa memerlukan kenderaan untuk membawanya, tanpa memerlukan tenaga
untuk mengangkutnya. Kebaikan yang akan merebak atau kejahatan.. Semua
tergantung kepada amalan para wanita.
Dalam buku Ya binti waya ibnii , Ali Atthonthowi menulis :
“Wahai puteriku, pintu kebaikan ada di hadapanmu. Kunci
pintu itu ada ditanganmu. Jika engkau meyakininya dan engkau berusaha
memasuki pintu itu, maka keadaan akan berubah dan menjadi baik. Engkau
benar puteriku, bahawa kaum pemuda lah yang pertama melangkah menempuh
jalan dosa, bukan wanita, tetapi ingat, bahawa tanpa kerelaanmu dan
tanpa kelunakan sikapmu, mereka tidak akan berkeras melangkah maju”
Sekarang sudah jelas dengan apa dan bagaimana seharusnya
kita bersikap, wanita akan mejadi baik ketika para pemuda dapat
mengarahkan wanita kearah kebaikan, selama dari pihak pemuda tidak
mempunyai keinginan kearah tersebut maka segala bentuk perbaikan akan
sia-sia…
sumber: Mujahidah Solehah
No comments:
Post a Comment